Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 29 Julai 2011

Negara yang mempunyai tiga ibu kota


Afrika Selatan ialah satu-satunya negara dengan tiga ibu kota. Kota-kota tersebut ialah Pretoria, Cape Town dan Bloemfontein. Setiap kota ialah induk kepada tiga cabang kerajaan.

Pretoria ialah ibu kota eksekutif yang merupakan tempat tinggal Presiden. Cape Town pula ibu kota perlembagaan di mana terdapatnya Parlimen manakala Bloemfontein pula ialah ibu kota kehakiman. Di sini terletaknya mahkamah rayuan tertinggi iaitu The Supreme Court of Appeal.

Pretoria merupakan ibu negara Afrika Selatan semasa pemerintahan rejim Apartheid. Yang menariknya, Cape Town merupakan tempat kelahiran ramai pemimpin pergerakan anti-Apartheid.

Negara lain juga ada yang mempunyai lebih dari sebuah ibu kota, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Misalnya, Sucre ialah ibu kota berperlembagaan rasmi Bolivia tetapi La Paz ialah ibu kota de facto dan menjadi tempat di mana terletaknya bangunan-bangunan pentadbiran dan kerajaan.

sumber: wikipedia, geography.about.com

Khamis, 28 Julai 2011

Binatang kecil yang berbunyi bising

Water Boatman adalah sejenis serangga yang saiznya sama dengan seekor kutu, bagaimanapun ia mampu menghasilkan bunyi sekuat mesin rumput.

Bunyi kuat yang dihasilkan oleh serangga ini sebenarnya terhasil daripada alat kelamin serangga tersebut yang bergesel dengan abdomennya.

Ketika para saintis mula-mula menemui serangga ini, mereka yakin bunyi tersebut dihasilkan oleh serangga lain.

Kini Water Boatman menjadi serangga yang mempunyai bunyi paling kuat dan paling bising di dunia.

sumber: news.discovery.com

Rabu, 27 Julai 2011

Taman Hiburan Enam Bendera

Roller Coaster yang terdapat di taman hiburan Six Flags Over Texas

Sebuah taman hiburan yang bernama Six Flags Over Texas merupakan sebuah taman hiburan yang terletak di Arlington, Texas, Amerika Syarikat. Asalnya bagaimana taman hiburan ini mendapat nama yang unik adalah kerana enam bendera kebangsaan yang telah berkibar di Texas suatu masa dahulu.

Bendera-bendera itu adalah bendera kebangsaan Sepanyol, Perancis, Mexico, Republic of Texas, Negeri-negeri Konfederasi Amerika dan Amerika Syarikat.

Angus G. Wynne

Pada tahun 1960, seorang usahawan bernama Angus G. Wynne telah melawat Disneyland di California, Amerika Syarikat. Apabila beliau pulang ke Texas, beliau telah mengilhamkan sebuah taman hiburan di Texas, lalu beliau membina Six Flags Over Texas. Wynne kemudiannya telah memperkembangkan perniagaannya keluar daripada Texas dan membina beberapa buah lagi taman hiburan di tempat lain antaranya Six Flags Over Georgia di Atlanta pada tahun 1967 dan Six Flags Over Mid-America di St. Louis pada tahun 1971.

Kini Six Flags menjadi perbadanan taman hiburan terbesar di dunia serta menjadi taman hiburan yang kelima jumlah pengunjung tertinggi di dunia.

sumber: wikipedia

Botox boleh membunuh


Tahukah anda sebenarnya Botox yang sering digunakan untuk tujuan kosmetik adalah bahan yang beracun? Racun tersebut dipanggil Clostridium Botulinum. Bahan ini yang terkandung di dalam Botox adalah sangat beracun sehingga jumlahnya sebanyak 500g mampu membunuh seluruh penduduk dunia.

sumber: wikipedia

Isnin, 25 Julai 2011

Koleksi lukisan pada tangan

















Gambar-gambar ini, yang menggunakan tangan manusia untuk dilukis dan membentuk imej haiwan yang menarik telah pun disebarkan melalui e-mail, blog, laman-laman web dan media sosial untuk beberapa tahun.

Meskipun beberapa pengulas pernah meragui akan ketulenan gambar-gambar ini, ia sebenarnya tulen dan dilukis di atas tangan manusia.

Lukisan-lukisan atas tangan ini yang digelar Handimals telah diilhamkan oleh seorang pelukis berbakat luarbiasa daripada Itali bernama Guido Daniele. Menurut artikel yang disiarkan di Sun-Herald bertarikh 21 Disember 2008:

Pada pandangan pertama ia tampak seperti gambar hidupan liar tetapi apabila dilihat dengan lebih dekat ia sebenarnya adalah lukisan yang dilukis di atas tangan atau dipanggil 'handimals'. Koleksi tersebut - yang mana hampir 60 imej yang telah membanjiri dan memenuhi inbox untuk e-mail di seluruh dunia - adalah hasil kerja seorang artis Itali bernama Guido Daniele yang digelar 'Michel-handgelo'. Selain daripada kanvas, Daniel menggunakan tangan-tangan model untuk membentuk haiwan-haiwan seperti singa, kuda belang dan burung helang.

Guido Daniele mendapat idea untuk melukis haiwan pada tangan manusia selepas sebuah agensi pengiklanan mengupahnya untuk melukis gambar-gambar haiwan pada tubuh badan manusia. Setelah mengkaji cara terbaik untuk melukis imej haiwan pada tangan, belaiu telah mencipta handimal pertama beliau iaitu cheetah.

Daniele memberitahu bahagian paling sukar baginya adalah ketika menyaksikan hasil lukisannya dibasuh dan dibersihkan daripada tangan modelnya.

Sebuah artikel tentang Daniele telah diterbitkan dalam sebuah blog berjudul letscounthedays menerangkan:

Kebiasaannya, Daniele menggunakan anak lelakinya, Michael James, 15 dan anak perempuannya, Ginevra, 22 sebagai kanvas-kanvas utamanya. "Jika anda menghabiskan masa berjam-jam memegang tangan seseorang, saya lebih suka sekiranya tangan itu seseorang yang anda sayangi. Tiada apa yang lebih teruk daripada bekerja dengan seorang model yang gementar dengan tangan yang menggeletar." Pada purata biasa, untuk menghasilkan satu Handimal ia mengambil masa sekitar empat jam melukis secara keseluruhannya. Bagaimanapun, pada kali pertama Daniele melukis helang dengan sayap-sayap teregang, beliau mencatat masa selama sepuluh jam untuk menyiapkannya.

Koleksi lukisan Guido Danile boleh dilihat di laman webnya iaitu www.guidodaniele.com

sumber: hoax-slayer.com