Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 30 Ogos 2012

Nadir bumi

Dinamakan Ytteria oleh Johann Gadolin pada 1794.

Terdiri daripada 17 unsur logam yang mempunyai ciri kimia yang sama.

Merupakan unsur logam yang sering ditemui di serata dunia namun dalam kuantiti yang sedikit.

Digunakan dalam pembuatan bateri, magnet dan komponen-komponen elektronik.

Bahan penting dalam industri dan teknologi hijau.

Merupakan bahan utama dalam pembuatan bateri untuk kereta hybrid dan elektrik.

China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi (90%).

Sisa atau residu yang terhasil daripada pemprosesan nadir bumi mengandungi unsur radioaktif yang rendah.

-Kosmo!, wikipedia, www.reuters.com, outernode.pir.sa.gov.au

Rabu, 29 Ogos 2012

The Red Warriors Station

Dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 21 Mei 2010.

Dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai usaha mendekatkan pesukan bola sepak negeri itu dengan peminat.

Pelbagai produk jenama Warriors keluaran KAFA seperti jersi, beg dan pemegang kunci turut dijual di kafe tersebut selain pelbagai jenis makanan tempatan.

Dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.

-Kosmo!

Selasa, 28 Ogos 2012

Hutan Lipur Gunung Nuang


Gunung Nuang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor.

Ia mempunyai ketinggian 1,498 meter dari paras laut.

Gunung Nuang menjanjikan cabaran dalam kalangan peminat rekreasi mendaki gunung di negara ini.

Puncak Gunung Nuang (anak panah merah)

Bentuk muka buminya yang curam sehingga 75 darjah sememangnya menguji kekuatan mental dan fizikal mendaki.

Sepanjang pendakian, pendaki boleh berkhemah di tiga tapak khemah yang disediakan iaitu Kem Lolo, Kem Pacat dan Kem Pengasuh.

Selepas penat mendaki, pendaki juga boleh mengambil kesempatan untuk bermalam di calet dan hostel yang diselia oleh Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah.

*Imej dari pemburuhalal.blogspot.com

-Kosmo!

Isnin, 27 Ogos 2012

Silap mata

Houdini
Pertunjukan silap mata yang pertama disebut dalam sejarah tercetus pada era Firaun (gelaran yang diberikan kepada pemerintah Mesir dalam tempoh praKristian dan praIslam), iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

Umum mengetahui Firaun sering menganggap dirinya Tuhan dan ketika kejadian itu berlaku Cheop adalah Firaun dan dia sering inginkan hiburan setaraf dengan status dirinya itu.

Lalu dia didatangi seorang lelaki yang dengan penuh keyakinan bernama Dedi serta berkata dia mampu memati dan menghidupkan hidupan yang dibawanya iaitu seekor burung putih.

Justeru, lelaki itu mencabut kepala burung itu dan menyambungkan kepala burung itu semula. Sejak itu pada era tersebut, Dedi muncul sebagai penghibur untuk golongan atasan.

Perkataan magic juga lahir dari sebuah perkataan Latin iaitu magi.

Pada abad ke-17, magi ialah sejenis hiburan yang sangat dikenali dan hanya dimainkan oleh golongan bangsawan sahaja ketika itu.

Pada tahun 1584 pula, seorang ahli silap mata, Reginald Scot telah membuka rahsia silap mata dalam bentuk buku yang berjudul The Discovery of Witchcraft.

Setelah itu, lahirlah ramai ahli silap mata dengan skil-skil baharu dan kemudian lahirlah seorang ahli silap mata moden pertama bermula tahun 1805 hingga 1871 iaitu Jean Eugene Robert Houdin.

Robert Houdin juga telah membuka sebuah teater silap mata di Paris pada tahun 1840 dan menggunakan kemahirannya menggunakan alat ilusi besar bagi pertunjukan atas pentas.

-Kosmo!

Jumaat, 24 Ogos 2012

Singapura


Singapura dikelilingi loebih 62 buah pulau kecil di sekitarnya.

Singapura mencapai kemerdekaan setelah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965.

Singapura mempunyai keluasan 710 kilometer persegi.

Anggaran penduduk Singapura sekitar 5.08 juta orang.

Pelabuhan Singapura dianggap kelima tersibuk di dunia.

Singapura digelar Harimau Asia selain daripada Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan.

-Kosmo!

Jumaat, 17 Ogos 2012

Pekan Sungai Besi

Pekan Sungai Besi

Pekan Sungai Besi merupakan antara pekan lama yang mempunyai sejarah tersendiri khususnya di kalangan anggota tentera yang pernah berkhidmat di Kem Sungai Besi.

Pekan ini asalnya perkampungan Melayu sekitar tahun 1930-an.

Pekerja lombong berketurunan Cina yang dibawa masuk turut berniaga dan mendirikan bangunan kedai yang ada sekarang.

Ia membangun hasil daripada perusahaan melombong bijih besi.

Terdapatnya lombong besi yang terdalam di Malaysia dan kini menjadi sebuah tasik yang indah iaitu The Mines.

Terdapat banyak warung makanan yang menjual makanan tradisional pelbagai bangsa.

-Kosmo!

Khamis, 16 Ogos 2012

Ratu Elizabeth II

Nama sebenar Ratu Elizabeth II ialah Elizabeth Alexandra Mary.

Ratu Elizabeth II menaiki takhta pemerintahan Britain pada 6 Februari 1953.

Gelaran lain Ratu Elizabeth II ialah Duchess of Edinburgh, Countess of Merioneth, Baroness Greenwich, Duke of Lancaster, Lord of Mann dan Duke of Normandy.

Berkahwin pada 20 November 1947 dengan HRH Philip Mountbatten, Duke of Edinburgh (Putera Philip).

Mempunyai empat orang anak iaitu Putera Charles, Philip, Puteri Anne Elizabeth, Putera Andrew Albert dan Putera Edward Antony.

Fasih berbahasa Perancis.

Adik perempuan Elizabeth, Margaret meninggal dunia pada usia 71 tahun pada 9 Februari 2002 akibat strok.

Ibunya meninggal dunia beberapa minggu selepas kematian Margaret iaitu pada 30 Mac 2002 pada usia 101 tahun.

-Kosmo!

Rabu, 15 Ogos 2012

KLIA2

KLIA2 menurut gambaran pelukis



Kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion.

KLIA2 memulakan operasi pada bulan April 2013.

Ia mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun berbanding Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sedia ada yang mampu mengendalikan 15 juta penumpang setahun sahaja.

KLIA2 mempunyai 68 ruang petak letak pesawat dan balai berlepas.

Saiznya yang 60 peratus lebih besar daripada saiz asal iaitu 150,000 meter persegi kepada 242,000 meter persegi.

Berukuran sekurang-kurangnya 257,000 meter persegi lengkap dengan kawasan beli-belah seluas 32,000 meter persegi.

-Kosmo!

Selasa, 14 Ogos 2012

Magna Carta

Magna Carta ialah sejenis dokumen yang memperkasakan kedaulatan undang-undang di England semasa pemerintahan Raja John.

Ia pertama kali dikeluarkan pada 1215 dan disahkan sebagai undang-undang Inggeris pada 1297.

-Kosmo!

Isnin, 13 Ogos 2012

Taj Mahal

Taj Mahal terletak di Agra, India.

Taj Mahal adalah lambang cinta agung Raja Shah Jahan terhadap isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14.

Dikatakan, ketika akhir hayatnya, Mumtaz telah menyuarakan beberapa permintaan anataranya ialah sebuah tempat persemadian umpama mahligai di dunia, sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya sebelum itu.

Pembinaannya bermula pada 1631 dan siap 22 tahun kemudian dengan 20,000 pekerja mahir.

Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1,000 ekor gajah.

Marmar putih didatangkan dari Rajasthan, permata (Punjab), jed dan hablur (China), firus (Tibet), lazuardi (Afghanistan), nilam (Sri Lanka) dan kamelian (Arab).

Lantainya pula dibuat daripada pualam bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

Ia direka oleh beberapa arkitek terkemuka ketika itu antaranya Abdul-Karim Ma'mur Khan, Makramat Khan dengan diketuai oleh Ahmad Lahauri.

Taj Mahal bermaksud Istana Mahkota merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan sebagainya.

- Kosmo!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Burung pertama di dunia ada bulu hitam

Archaeopteryx menurut gambaran pelukis

Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Fosil Archaeopteryx yang ditemui di Jerman pada tahun 1861

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang ahli biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, Amerika Syarikat.

-Kosmo!, AFP

Khamis, 9 Ogos 2012

Lalat diberi nama Beyonce

Kecantikan spesies baharu lalat yang memiliki bahagian belakang mantap telah membuatkan ia diberi nama sempena penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Beyonce.

Kumpulan saintis yang menemui lalat terbaharu berkenaan di utara Queensland, Australia menamakan spesies itu sebagai Scaptia (Plinthina) beyonceae.

"Abdomen lalat ini yang unik mendorong saya menamakan serangga ini sempena nama Beyonce sebagai penghormatan buat penyanyi berkenaan," kata seorang penyelidik terbabit, Bryan Lessard dari Pertubuhan Penyellidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO).

-Kosmo!

Rabu, 8 Ogos 2012

Fesyen Lolita

Jenama terkenal dengan gaya Lolita ialah Angelic Pretty, Baby, The Stars Shine Bright dan Metamorphose temps de fille.

Sekitar tahun 1990-an, fesyen Lolita dibawa oleh sebuah kumpulan muzik, Princess Princess dan kemudian diikuti beberapa kumpulan lain sekali gus mencetuskan fenomena.

Disebabkan ciri Lolita yang menuntut pemakainya bereksperimen sendiri dengan gaya yang ada, maka wujud banyak stail Lolita yang lari daripada konsep asal.

Selebriti Hollywood yang sinonim dengan gaya Lolita ialah Gwen Stefani, Amy Lee dan Nicki Minaj.

-Kosmo!

Selasa, 7 Ogos 2012

Versace

Gianni Versace
Versace merupakan label fesyen dari Itali yang diasaskan oleh Gianni Versace pada tahun 1978.

Butik pertama Versace dibuka di Milan dan meraih populariti luar biasa dengan mendadak.

Menjadi rumah fesyen mewah, Versace menghasilkan produk fesyen daripada pakaian, aksesori, mekap dan haruman.

Pengasas jenama itu, Gianni Versace dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri, Andrew Cunanan pada 15 Julai 1997.

Versace kemudian diambil alih oleh adiknya Donatella yang menjadi Pengarah Kreatif manakala abangnya Santo Versace menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.

Keuntungan yang dicatatkan Versace pada tahun 2010 ialah RM696 juta.

-Kosmo!

Jumaat, 3 Ogos 2012

Badak Javan

Javan Rhinoceros atau nama saintifiknya Rhinoceros sondaicus tersenarai sebagai spesies kritikal dan terrancam kerana populasinya kurang 50 ekor.

Berat badak jenis ini adalah 900 hingga 2,300 kilogram manakala panjangnya 2.0 hingga 4.0 meter.

Tingginya pula 1.5 hingga 1.7 meter.

Badak Javan jantan boleh memiliki sumbu berukuran panjang 25 sentimeter.

Ia dianggarkan dapat hidup di antara 30 hingga 40 tahun.

Badak betina mencapai kematangan seksual di antara 5 hingga 7 tahun dan melahirkan setiap seekor anak dalam tempoh tiga tahun.

-Kosmo!

Khamis, 2 Ogos 2012

C130H

Pesawat Charlie atau lebih dikenali sebagai C130H merupakan pesawat pengangkut pelbagai fungsi yang telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak tahun 1976.

Ia sering digunakan dalam operasi menyelamat, bantuan kemanusiaan, penerbangan ihsan dan lain-lain lagi. C130H adalah pesawat yang digunakan untuk melaksanakan Ops Piramid iaitu misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir sewaktu rusuhan sekitar bulan Februari 2011.

Panjang sayap pesawat C130H ialah 40.2 meter manakala panjang badannya juga 40.2 meter.

Pesawat C130H seberat 38,555 kilogram sekiranya kosong tanpa muatan. Beratnya mencapai 54,431 kilogram apabila telah diisi minyak, 70,306 kilogram dengan muatan dan boleh melebihi 79,378 kilogram untuk berat maksimum dalam sesuatu operasi.

Pesawat C130H dengan minyak 36,000 paun boleh terbang sehingga 7 jam tanpa henti, sekiranya diisi 64,000 paun minyak ia mampu terbang selama 14 jam dan sekiranya diisi hanya 5,000 paun minyak ia mampu terbang selama satu jam.

Ketinggian maksimum pesawat C130H adalah sehingga 10,668 meter dari aras tanah tetapi terhad kepada 7,620 meter untuk mengelakkan penumpang kekurangan oksigen.

C130H boleh terbang ke serata dunia tanpa batasan.

Untuk menjadi juruterbang C130H, seseorang itu perlu menjalani latihan penerbangan selama 120 jam.

-Kosmo!

Rabu, 1 Ogos 2012

Bebola kristal

Bebola kristal ialah produk keluaran negara China, Taiwan dan Korea.

Ia dibuat daripada polimer penyerap air hasil ekstrak minyak kacang soya.

Ia boleh membesar sehingga 80 - 150 kali ganda daripada saiz asal.

Bebola kristal boleh digunakan sehingga 12 kali walaupun telah dicuci atau dibilas.

Ia mampu menyerap dan menahan air selama dua bulan.

Ia tidak berbau dan berwarna-warni.

Ia juga bebas toksik.

Bebola kristal digunakan untuk dekorasi tumbuhan dalam balang bagi menggantikan tanah.

Bebola kristal turut digunakan dalam tanaman hidroponik.

-Kosmo!, www.hidrogel.com.au.