Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 31 Oktober 2012

Pulau Pandan dan Gunung Daik

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Jika ada yang beranggapan bahawa Pulau Pandan dan Gunung Daik dalam bait pantun di atas hanya rekaan semata-mata, hakikatnya kedua-dua tempat tersebut wujud.

Gunung Daik yang terletak di Pulau Lingga, perhatikan puncaknya yang bercabang tiga, imej dari asahjaya.wordpress.com
Gunung Daik tersergam gagah di Lingga (Indonesia) atau nama gelarannya Bonda Tanah Melayu manakala Pulau Pandan yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan herba termasuk daun pandan terletak di tengah-tengah laut.

Gunung Daik terletak 1,165 meter dari paras laut dan mempunyai tiga puncak atau bercabang tiga.

Tiga puncak gunung tersebut namanya Daik, Pejantan dan Cindai Menangis. Sehingga hari ini tiada siapa yang dapat sampai ke tiga-tiga puncak tersebut kerana ia terlalu curam.

sumber: Artikel Menjejak masyarakat Melayu Riau-Lingga tulisan Fadzli Ramli, Kosmo! 12 Jun 2012.

Selasa, 30 Oktober 2012

KidZania

KidZania berasal dari Mexico dan ia ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez.

Memiliki enam cawangan di seluruh dunia.

KidZania Kuala Lumpur bermula pada Jun 2009 apabila Themed Attractions dan Resorts Sdn. Bhd. milik Khazanah Nasional dan Boustead Curve Sdn. Bhd. (Boustead Curve) memeterai perjanjian perlesenan untuk membangunkan KidZania menerusi satu syarikat usahasama Rakan Riang Sdn. Bhd. (Rakan Riang).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan upacara hari pengasasan KidZania Kuala Lumpur pada 27 Februari 2012.

Terletak di Curve NX Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Boleh memuatkan lebih daripada 1,700 orang dalam satu-satu masa.

Menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman hiburan untuk kanak-kanak di bandar tetapi bersaiz kanak-kanak.

Hanya untuk kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun.

Tawar 90 aktiviti daripada 60 syarikat yang menyertai.

Yuran masuk bagi kanak-kanak di bawah tiga tahun (RM35), kanak-kanak empat hingga 14 tahun (RM55) dan dewasa RM35.

-Kosmo!

Rabu, 24 Oktober 2012

Katak Damak Beracun

Katak damak beracun turut dikenali sebagai poison arrow frog (katak panah beracun) kerana puak-puak Amerindian menggunakan rembesan katak itu bagi meracun anak panah.

Bukan semua katak berbahaya, hanya tiga spesies berbahaya kepada manusia.

Paling berbahaya ialah golden arrow frog (Phyliobates terribilis).

Racunnya, batrachotoxin boleh membunuh binatang kecil dan manusia.

Golden arrow frog boleh ditemui di cerun barat Andes, Colombia.

-Kosmo!

Selasa, 23 Oktober 2012

Tawau

Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Keluasan bandar Tawau ialah 6,125 kilometer persegi.

Populasi penduduk di Tawau ialah seramai 381,736 orang.

Kepadatan penduduk di Tawau ialah 62 orang bagi setiap kilometer persegi.

Tawau bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia), Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Terdapat 10 buah mukim di daerah Tawau. Bilangan kampung yang terdapat di Tawau ialah sebanyak 81 buah.

Tawau mempunyai dua buah Parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara tarikan di Tawau seperti:
  • Sungai Balong Eko Resort
  • Bukit Gemok
  • Maliau Basin
  • Kelab Desa dan Golf Shan-Shui
  • Taman Negara, Tawau
  • Pasar Tawau Tanjung
  • Muzium Koko Teck Guan

Pasar Tanjung

Pasar Tanjung Tawau dibina oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dengan kos sekitar RM25 juta.

Ia siap dibina pada bulan Jun 1999 dan beroperasi tiga bulan kemudian.

Pasar ini terbahagi kepada tiga tingkat yang menempatkan 6,000 gerai dilengkapi kemudahan surau dan tandas.

Selain ikan bilis, udang kering merupakan salah satu makanan laut yang sangat popular di Tawau. Udang kering dijual pada harga antara RM27 hingga RM22 sekilogram mengikut gred.

Panorama seluruh bandar Tawau dan keindahan laut yang membiru dengan kapal yang berulang-alik di pelabuhan Tawau boleh dilihat dari ruang makan di tingkat paling atas.

-Kosmo!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Oman

Ibu negara Oman ialah Muscat.

Bahasa rasmi yang digunakan di Oman ialah bahasa Arab.

Populasi penduduk Oman seramai 3,300,600 (termasuk warga asing) yang direkodkan pada Julai/Ogos 2008.

Keluasan negara Oman ialah seluas 309,500 kilometer persegi manakala keluasan pinggir pantai negara Oman ialah 2,092 kilometer.

Oman bersempadan dengan negara Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Yemen.

Antara masyarakat yang menjadi penduduk Oman ialah masyarakat Kumzari.

Perkampungan Kumzar terletak di utara Oman iaitu di bahagian utara Semenanjung Musandam.

Orang Kumzari hidup di tepi pantai Kumzar, Khasab dan Diba.

Lokasinya yang sukar diakses menyebabkan orang Kumzari kekal terpencil dan menjalani kehidupan agak primitif.

Orang Kumzari menggunakan bahasa yang mempunyai kaitan dengan bahasa Parsi dan pengaruh bahasa Arab.

Dalam penampilan, orang Kumzari menyerupai orang Arab. Mereka mempunyai fizikal yang rendah, gempal dengan rambut hitam serta berkulit gelap.

Kebanyakan orang Kumzari merupakan nelayan walaupun mereka turut menggembala kambing dan biri-biri serta menanam pokok kurma pada musim panas selain menjadi kelasi, pembuat bot, pedagang dan tukang.

Diet utama orang Kumzari ialah kambing, susu, keju, ikan, makanan salai, makanan dalam tin dan kopi juga diambil secara tetap.

Golongan lelaki Kumzari membina rumah, menjalankan aktiviti pertanian manakala golongan wanitanya pula memproses hasil pertanian selain membuat tugas domestik seperti membawa air, memasak dan menjahit.

Rumah orang Kumzari dibina berdekatan antara satu sama lain.

Rumah mereka diperbuat daripada batu dengan bumbung rata dan mempunyai laman yang kecil. Seluruh kampung dikelilingi gunung-gunung yang tinggi.

Orang Kumzari mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

-Kosmo!

Khamis, 18 Oktober 2012

Wanita-wanita ternama dalam sejarah

Nur Jahan

Begum Nur Jahan merupakan seorang Maharani India sewaktu zaman Dinasti Mughal. Turut dikenali sebagai Noor Jahan, Nur Jehan atau Mehr-un-Nisaa, baginda ialah isteri yang kedua belas kepada Maharaja Jagangir, setelah kematian isterinya yang terdahulu. Maharaja Jangangir merupakan seorang yang kaki botol dan ketagih candu serta mudah dipengaruhi. Nur Jahan telah menggunakan kesempatan ini untuk berkuasa di sebalik tampuk pemerintahan. Maharaja Jangangir juga telah mencetak nama Nur Jahan kepada matawang negara. Nur Jahan adalah salah seorang wanita yang paling berkuasa pernah memerintah India secara kuku besi.


Catherine the Great

Catherine the Great ialah Maharaja Russia. Baginda juga merupakan pemerintah wanita yang paling lama memerintah Russia sejak kemangkatan suami baginda iaitu Peter III pada 1762 sehingga kemangkatan baginda pada 17 November 1796. Zaman pemerintahan Catherine the Great dikenali sebagai Era Catherine dan dianggap sebagai Zaman Keemasan Russia. Sewaktu zaman pemerintahannya, Russia telah menambah sempadannya dan bersekutu bersama tentera British menjadikan Catherine the Great seorang wanita yang dikagumi.


Margaret Thatcher

Margaret Hilda Thatcher dilahirkan pada 13 Oktober 1925. Beliau ialah anak kepada seorang paderi Methodist tempatan. Margaret Thatcher kemudian dikenali sebagai Baroness Thatcher. Beliau menjadi wanita yang pertama dan satu-satunya yang pernah menjadi Perdana Menteri Britain dan Ireland Utara sejak 4 Mei 1979 sehingga 28 November 1990. Margaret telah memperkenalkan dasar penswastaan dan dia kemudian digelar sebagai 'Wanita Besi' (Iron Lady). Gelaran tersebut telah diberikan oleh seorang wartawan Soviet atas dasarnya yang tidak bertolak ansur manakala cara pentadbirannya dikenali sebagai Thatcherism. Margaret Thatcher bersara pada tahun 1992 ketika berusia 66 tahun.


Maharani Adelaide

Adelaide iaitu Ratu Burgundy dan Maharani Holy Roman adalah balu kepada Duke Lothar di Burgundy. Setelah suaminya mati akibat diracun, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Dengan bantuan daripada pengikutnya, Adelaide berjaya melepaskan diri. Setelah menerima sepucuk surat, King Otto di Jerman telah menyelamatkan Adelaide dan meperisterikannya. Bagaimanapun, King Otto mangkat ketika muda dan Adelaide menjadi pentadbir sewaktu pemerintahan putera King Otto iaitu King Otto II. Malangnya King Otto II mangkat ketika berusia 30 tahun dan tampuk pemerintahan dipegang oleh cucunda Adelaide iaitu Otto III. Ketika berusia 60 tahun, Adelaide telah melepaskan jawatan sebagai pentadbir. Baginda mangkat pada tahun 999, permulaan kepada sebuah milennium baru.


Indira Gandhi

Indira Priyadarshini Gandhi ialah Perdana Menteri India yang ketiga. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri India sewaktu berusia 49 tahun. Beliau memegang jawatan tersebut selama tiga penggal iaitu daripada tahun 1966 sehingga 1977. Beliau dilantik semula pada tahun 1980. Pada tahun 1984 Indira Gandhi telah dibunuh sewaktu berada di tamannya. Indira Gandhi merupakan wanita pertama yang menjadi Perdana Menteri India, yang kedua menjadi ketua kerajaan (setelah Sirimavo Bandaranaike di Sri Lanka) dan Perdana Menteri wanita kedua yang paling lama berkhidmat. Perdana Menteri wanita yang paling lama berkhidmat di dunia ialah Margaret Thatcher.


Jiang Qing

Sebelum dikenali sebagai Jiang Qing, beliau ialah seorang pelakon bernama Lan Ping. Setelah mengahwini pemimpin China iaitu Mao Zedong, beliau menukar namanya kepada Jiang Qing. Sebagai Wanita Pertama bagi Republik Rakyat China, beliau telah memainkan peranan penting di dalam Revolusi Kebudayaan sejak tahun 1966 sehingga tahun 1976. Beliau telah menubuhkan sebuah pakatan politik radikal yang dikenali sebagai 'The Gang of Four'. Setelah kematian Mao Zedong pada tahun 1976, Jiang Qing mentadbir parti Komunis. Pada tahun 1980, The Gang of Four dikatakan bertanggungjawab atas kematian berjuta rakyat China. Jiang Qing dibebaskan awal daripada penjara kerana menghidap kanser tenggorok. Jiang Qing meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 77 tahun.


Eva Peron

Maria Eva Duarte de Peron telah berkahwin dengan Presiden Argentina iaitu Juan Peron. Eva Peron merupakan isteri kedua Presiden Juan Peron. Eva yang turut dikenali sebagai Evita adalah Wanita Pertama Argentina sejak tahun 1946 sehingga kematiannya pada tahun 1952. Eva Peron popular atas ketegasannya memperjuangkan nasib buruh. Eva meneruskan jawatannya sebagai Menteri Buruh dan Kesihatan Argentina bagaimanapun beliau meninggal dunia ketika berusia 33 tahun akibat kanser. Beliau juga telah menubuhkan parti politik wanita Argentina yang pertama. Zaman kegemilangannya telah divisualkan di dalam filem berjudul Evita. Sehingga kini Eva telah menjadi lambang dan inspirasi kepada ahli politik wanita di Argentina.


Wangari Maathai

Pada tahun 2004, Dr. Wangari Maathai telah dianugerahkan Anugerah Nobel kerana perjuangannya untuk keseimbangan pembangunan, demokrasi dan keamanan di Afrika. Beliau juga telah memulakan gerakan 'Talipinggang Hijau' (Green Belt movement) yang bertujuan untuk menyediakan kehidupan mampan kepada masyarakat Kenya. Sebahagian daripada program itu adalah untuk membantu masyarakat memahami akibat daripada kerosakan alam sekitar dan sumbangannya kepada hakisan, kemarau, kebuluran dan kemiskinan. Pada tahun 2002 Wangari telah memenangi kerusi di dalam Parlimen Kenya dan telah menjadi penyokong terbesar hak wanita dan alam sekitar di Kenya.


Cleopatra

Cleopatra VII Philopator ialah anak ketiga kepada Ptolemy XII Auletes yang telah memerintah Mesir. Apabila baginda mangkat, Cleopatra dan adiknya Ptolemy XII telah memerintah Mesir bersama-sama. Cleopatra telah menggugurkan nama adiknya daripada setiap dokumen dan mencetak nama dan gambarnya sendiri pada matawang Mesir. Bagaimanapun, Julius Caesar telah menawan Mesir dan menjadikan Cleopatra pemerintah tunggal Mesir. Cleopatra kemudian melahirkan anak kepada Julius Caesar bernama Ptolemy Caesar. Pada tahun 44 S.M. Julius Caesar telah dibunuh dan Cleopatra telah dipaksa untuk pergi ke Rom bersama anaknya. Pada tahun 42 S.M. Marc Antony, pemerintah Rom telah jatuh cinta kepada Cleopatra bagaimanapun dia terpaksa mengahwini Octavia. Akhirnya, Marc Antony menceraikan Octavia dan Octavia mengistiharkan peperangan terhadap Mesir. Antony telah dikalahkan dan mencabut nyawanya sendiri. Cleopatra pula meminta seekor ular berbisa dibawa kepadanya dan dia memegang ular tersebut yang kemudian mematuknya. Cleopatra akhirnya mati kerana bisa ular tersebut.

-New Straits Times

Rabu, 17 Oktober 2012

Orang Asli Mah Meri

Topeng Orang Asli Mah Meri
Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi.

Jumlah Orang Asli Mah Meri hanyalah kira-kira 1,000 orang sahaja yang tinggal di kawasan-kawasan tertentu di sepanjang pantai negeri Selangor termasuk Pulau Carey.

Kebanyakan Orang Asli Mah Meri adalah nelayan dan sejumlah besar daripada mereka juga mempunyai bakat mengukir kayu.

Mah Meri bermakna Orang Hutan. Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan.

Orang Asli Mah Meri dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

-Kosmo!

Selasa, 16 Oktober 2012

Batu delima

Batu delima merupakan salah satu jenis batu permata mineral silikat.

Kebiasaannya berwarna merah atau ungu, namun terdapat juga warna lain.

Dijadikan sebagai barang perhiasan seperti cincin atau loket.

Ada juga yang mempercayai batu delima mempunyai khasiat tersendiri kepada pemakai.

Bagaimana membezakan batu permata asli dan tiruan?

Batu asli mempunyai warna yang telus, terdapat urat-urat dan komposisi mineral yang lain akibat proses pembatuan yang beribu-ribu tahun.

Batu asli biasanya terasa sejuk apabila diletakkan di pipi.

Batu asli tidak mempunyai kesan calar.

Ketumpatan dan berat batu asli melebihi batu tiruan.

Air jernih dalam gelas akan bertukar warna kepada merah sekiranya dicelupkan batu delima asli.

-Kosmo!

Isnin, 15 Oktober 2012

Toy Story Land

Toy Story Land adalah sejenis tarikan di Disneyland Hong Kong. Di Toy Story Land, para pengunjung akan sentiasa diperdengarkan dengan muzik asli yang digubah oleh Randy Newman.

Watak Woody di taman tema ini lebih besar iaitu setinggi enam meter yang terletak di pintu masuk utama taman.

Pergerakan Woody berdasarkan model komputer daripada filem 3D Toy Story.

Patung Slinky Dog mempunyai 16 ribu kali lebih berat daripada mainan Slinky Dog asli.

Permainan RC Car mempunyai berat hampir sembilan kali kereta formula satu.

-Kosmo!, www.hongkongdisneyland.com/news

Jumaat, 12 Oktober 2012

Proton Preve

Preve membawa maksud proof (bukti) dan juga membayangkan (envision) dalam bahasa Sepanyol.

Model tersebut ditawarkan bermula RM59,990.

Disediakan dalam tiga varian yang terdiri daripada model manual standard, automatik standard dan automatik spesifikasi tinggi.

Model standard menggunakan enjin 1.6 liter IAFAM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan bagi model manual dan tujuh kelajuan untuk automatik.

Model spesifikasi tinggi menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Antara spesifikasi yan terdapat kereta berkenaan ialah sistem navigasi, penetap kelajuan, butang menghidupkan enjin dan sistem pengesanan cuaca serta cahaya yang membolehkan pengelap cermin dan lampu berfungsi secara automatik jika diperlukan.

Turut dilengkapi empat beg udara dan kerangka kukuh yang menerima penarafan lima bintang oleh Australia Cap.

-Kosmo!

Rabu, 10 Oktober 2012

Dim Sum

Terdapat pelbagai jenis dim sum yang terdiri daripada pilihan inti manis, masin dan sedikit pedas.

Terdapat kombinasi daging, sayuran, makanan laut dan buah-buahan.

Dim sum berasal dari Hong Kong dan kawasan Guangdong sekitar Guangzhou.

Dim sum turut dihidangkan dengan sayur-sayuran hijau yang dikukus, daging salai, bubur dan sup.

Dim sum boleh dimasak dengan cara mengukus dan menggoreng namun bagi cara masakan yang lain turut boleh dilakukan.

Dim sum biasanya dihidangkan untuk sarapan dan makan tengah hari.

-Kosmo!

Selasa, 9 Oktober 2012

Perancis

Ibu negara Perancis ialah Paris.

Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di Perancis.

Populasi di Perancis adalah seramai 65,350,000 orang.

Bendera Perancis tidak mempunyai sebarang corak atau logo. Ia terdiri daripada tiga warna iaitu biru, putih dan merah.

Orang Perancis sememangnya tebal dengan semangat patriotik pada bahasa ibunda mereka.

Di Perancis, kota Paris yang terletaknya Menara Eiffel dan digelar kota cinta ialah kota yang serba mahal.

Agama Islam merupakan agama kedua terbesar di Perancis dengan mempunyai antara lima hingga enam juta penganut Islam.

-Kosmo!

Jumaat, 5 Oktober 2012

Hujan air batu

Hujan air batu berlaku apabila kumpulan awan kumulosnimbus atau awan petir membentuk ketulan ais di atas permukaannya sendiri sebelum ia jatuh ke bumi.

Air yang berbentuk ketulan ais dari awan berkenaan yang kelazimannya terletak pada ketinggian antara 2,000 meter hingga 16,000 meter dari aras laut tidak sempat cair sepenuhnya ketika turun semasa hujan lebat.

Kebiasaannya hujan batu akan disertai dengan kilat serta ribut petir.

Lazimnya hujan air batu berukuran 5 milimeter hingga 50 milimeter.

Hujan batu merupakan fenomena biasa tetapi jarang berlaku di Malaysia.

-Kosmo!, Jabatan Meteorologi Malaysia

Khamis, 4 Oktober 2012

Penyakit-penyakit kucing

Virus Kurang Daya Tahan Felin (FIV) - Berjangkit menerusi gigitan antara kucing selalu terjadi kepada kucing yang agresif.

Virus Leukimia Felin (Fel. V) - Berjangkit menerusi air liur, selalu terjadi kepada kucing yang mangsa.

Sporotrikosis - Penyakit yang disebabkan kulat, amat bahaya dan boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan kematian.

Rinotrakeitis - Berpunca daripada virus herpesvirus. Ia boleh dikenal pasti menerusi bersin, keradangan pada rongga hidung, demam dan jangkitan pada mata.

Kalisivirus - Penyakit yang sering menjagkiti kucing rumah menerusi siri selsema yang pelbagai. Ia mampu menyerang lagi walaupun kucing telah divaksin atau baharu sembuh daripada gejala jangkitan.

Panleucopenia - Juga dikenali sebagai distemper felin. Ia disebabkan virus parvovirus dan mudah menyerang kucing yang tidak divaksin. Sistem imunisasi yang rendah dan paling berisiko tinggi ialah anak kucing.

-Kosmo!

Rabu, 3 Oktober 2012

Undang-undang penganiayaan haiwan

Akta Binatang 1953 di Malaysia memperuntukkan hukuman denda RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan bagi kesalahan penganiayaan binatang.

Pada tahun 2002, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa harus mengembiri haiwan kesayangan seperti kucing atas tujuan menjaga kebajikan mereka.

Undang-undang California, Amerika Syarikat memperuntukkan denda sehingga AS$20,000 (RM68,876) dan penjara sehingga setahun bagi kesalahan penganiayaan binatang.

Kucing boleh dikembiri selepas umurnya lima bulan ke atas sebelum memasuki zon mengawan dan selepas bersalin. Dalam tempoh satu bulan selepas bersalin kucing betina mampu bunting lagi.

-Kosmo!

Selasa, 2 Oktober 2012

Helsinki

Helsinki merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Finland.

Ia mempunyai populasi penduduk sekitar 596,233 orang.

Helsinki menggunakan bahasa rasmi Finnish dan Swedish.

Menjadi tumpuan pelancong kerana tarikan muzium, gereja dan pelbagai acara kebudayaan.

Helsinki mempunyai pengangkutan awam seperti trem, bas, feri dan kereta api bawah tanah.

Masa terbaik mengunjunginya ialah pada musim panas (Jun hingga September).

Lapangan Terbang Helsinki-Vantaa menawarkan penerbangan ke lebih 114 bandar raya utama termasuk Kuala Lumpur.

-Kosmo!

Isnin, 1 Oktober 2012

Penyu Agar

Nama saintifik bagi penyu agar ialah Chelonia Mydas.

Ia juga dikenali penyu hijau kerana kandungan lemaknya yang berwarna hijau.

Penyu agar bersaiz lebih kurang 1.2 meter dengan berat badannya mencapai 270 kilogram.

Penyu agar boleh bertelur antara 100 dan 140 biji pada setiap pendaratan.

Penyu agar banyak ditemui di laut tropika dan subtropika.

Penyu agar boleh hidup sehingga umur 80 tahun di habitat liar.

-Kosmo!, www.fri.gov.my