Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 28 Februari 2014

Timun


Di Malaysia, timun sering dijadikan ulam kerana ia cukup enak dimakan secara mentah dan ada juga yang dimasak terlebih dahulu.

Di Mesir, jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas yang baik bukan sahaja untuk demam tetapi rasa 'terbakar' dalam badan.

Di Russia, timun pada masa dulu dianggap sebagai makanan penting dan dijadikan ubat dalam perubatan tradisional. Bahkan ada perayaan tradisional sempena timun yang diadakan di tempat berlainan di Russia.

Timun tidak mengandungi sebarang kekotoran yang berbahaya dan sesuai untuk makanan walaupun untuk orang dengan pelbagai reaksi alergi.

Timun mengandungi 95 peratus air yang bermaksud bahawa makanan ini sememangnya tidak membebankan pankreas.

Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah, tetapi tinggi kandungan air.

Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.

Kajian turut mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun, membantu mengurangkan paras kolestrol.

Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak berkenaan.

Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

- BH

Khamis, 27 Februari 2014

Jambatan Golden Gate


Jambatan Golden Gate yang sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan semenanjung San Francisco ke Marin County, Amerika Syarikat.

Ia direka oleh arkitek Joseph B. Strauss dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan iaitu dari tahun 1933 hingga 1937 dengan kos sekitar AS$35 juta (RM107 juta).

Warna jingga menjadi warna tema jambatan ini yang merupakan idea jurutera Irving Morrow.

Mengaplikasikan binaan kerangka logam dan kabel logam sebagai bahan asas binaannya, ia turut diiktiraf sebagai jambatan kabel terpanjang dan tertinggi di dunia sehingga 1964 sebelum diambil alih oleh Jambatan Verrazano-Narrows di New York.

Jambatan Golden Gate merupakan struktur paling ikonik di San Francisco.

Ia dirasmikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt.

Seramai 11 orang pekerja meninggal dunia ketika pembinaannya.

Jambatan Golden Gate mempunyai kabel sepanjang 2,332 meter secara keseluruhan.

Keunikan Jambatan Golden Gate terletak pada dua buah menara unik setinggi 250 meter yang merentanginya di samping penggunaan warna jingga sebagai tema keseluruhan strukturnya yang memukau pandangan mata.

Ia juga diserlahkan dengan keindahan panorama di sekitar jambatan itu yang berlatarbelakangkan Lautan Pasifik yang membiru.

Jambatan Golden Gate terletak 211 meter di atas paras laut.

Ia direka dengan spesifikasi keselamatan tinggi dan mampu menampung bebanan sehingga 25 juta kilogram.

Jambatan ini pernah ditutup sebanyak tiga kali ekoran angin kencang iaitu pada tahun 1951, 1982 dan 1983.

- Kosmo!

Rabu, 26 Februari 2014

Kepulauan Comoros


Kepulauan Comoros atau dalam bahasa Arab disebut Juzur al-Qamar terletak di lautan Hindi di antara Madagascar dan Mozambique.

Ia merangkumi empat buah pulau kecil.

Kepulauan Comoros menerima pengaruh daripada tamadun Arab dan Afrika.

Kepulauan Comoros mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1975.

Sejak itu Kepulauan Comoros telah dibahagikan kepada dua iaitu Negara Berdaulat Comoros dan Mayotte yang berada di bawah pentadbiran Perancis.

Pada tahun 2008 telah berlaku satu rampasan kuasa di kepulauan ini yang diketuai oleh pembunuh upahan terkenal dari Perancis, Bob Denard.

sumber: Artikel Pulau sepi yang kaya potensi oleh Andrea Davoust, Kosmo! 17 Januari 2013

Selasa, 25 Februari 2014

Taman Wetland Putrajaya


Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13, Putrajaya, Selangor.

Taman ini diselia oleh Perbadanan Putrajaya.

Ia mempunyai habitat yang berbeza-beza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.

Dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.

 Taman Wetland Putrajaya dibangunkan pada Mac 1997 sebelum dibuka secara rasmi pada 2 Februari 1999 iaitu sempena Hari Wetland Sedunia.

Mempunyai keluasan 197.2 hektar, ia merupakan taman buatan manusia yang pertama di Malaysia serta antara kawasan tanah lembap yang terbesar di rantau ini.

Taman Wetland Putrajaya terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kawasan tanaman dan pusat rekreasi air.

Antara tarikan utama di Taman Wetland Putrajaya ialah menara pandang jauh setinggi 80 meter yang menawarkan panorama taman dan sebahagian besar Putrajaya dari udara.

Bagi peminat haiwan pula, terdapat pelantar tinjau burung yang menempatkan pelbagai spesies burung seperti undan putih, angsa putih, angsa mesir dan bangau.

Terdapat juga kolam flamingo yang terletak dalam kawasan itu.

Sumber air utama untuk taman ini mengalir dari Sungai Chua dan Sungai Bisa.


Taman Wetland Putrajaya mempunyai dua denai iaitu Denai Alam Wetland dan Denai Alam Tanah Lapang untuk aktiviti penerokaan dan lawatan.

sumber: Artikel Damai di Taman Wetland Putrajaya.

kredit imej: www.eznakhalili.com

Isnin, 24 Februari 2014

Tidur


Ketika tidur, otak kita akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan badan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Jangka masa tidur biasanya bergantung kepada umur iaitu bayi (16 jam), 3 hingga 18 tahun (10 jam), 19 hingga 55 tahun (lapan jam) dan lebih 55 tahun (enam jam).

Parasomia atau dalam bahasa mudahnya berjalan semasa tidur, banyak dilaporkan dan selalu terlibat dengan beberapa kejadian jenayah seperti menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

Bermimpi adalah normal tidak kira sama ada mimpi itu indah atau menakutkan. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

Posisi anda tidur boleh menunjuk kepada personaliti anda.

Mamalia yang paling lama tidur ialah koala (22 jam), kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula ialah zirafah (dua jam) dan rusa (tiga jam).

Apabila ikan lumba-lumba tidur, hanya separuh otaknya akan bersifat nyahaktif manakala separuh lagi digunakan untuk membantu proses pernafasan.

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari tetapi tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

Orang yang cacat penglihatan juga bermimpi semasa tidur. Golongan yang buta sejak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bau-bauan dan sentuhan.

- BH

Jumaat, 21 Februari 2014

Kyogen


Kyogen ialah sejenis persembahan teater yang berasal dari Jepun.

Ia merupakan satu bentuk komedi popular era pertengahan yang muncul di kawasan Kyoto, Jepun pada awal abad ke-14.

Teater Kyogen menegaskan sifat positif manusia menggunakan keindahan jenaka atau humor.

Tema teater kebanyakannya berkisar tentang kisah dan budaya masyarakat Jepun misalnya samurai.

Biasanya dalam setiap persembahan, pelakon Kyogen hanya akan berlatih sebanyak tiga kali atau kurang.

Setiap persembahan akan berlangsung antara 20 hingga 30 minit, tetapi ada juga persembahan yang diadakan hingga satu jam.

Jika pelakon tidak mahir, mereka akan membuat persembahan lebih pendek.

Ada juga teater Kyogen yang menyaksikan seorang pelakon membuat persembahan secara individu sehingga satu hingga dua jam tetapi ia perlu kepada pelakon yang betul-betul mahir.

Setakat ini hanya terdapat 100 pelakon Kyogen yang berdaftar di Jepun.

Jumlah bayaran bergantung pada pengalaman seseorang pelakon. Lagi banyak pengalaman lagi tinggi bayaran mereka.

Daripada 100 pelakon, satu pertiga daripadanya mampu menyara kehidupan dengan hasil pendapatan berlakon teater Kyogen, selebihnya ada yang membuat pekerjaan sampingan.

Daripada 100 pelakon Kyogen yang berdaftar, hanya terdapat dua pelakon wanita.

Pada tahun 2001, teater Kyogen dan sebuah lagi teater tradisi Jepun iaitu Noh telah diiktiraf sebagai Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diikuti dengan teater Bunraku pada tahun 2003 dan Kabuki pada 2005.

Sumber: Artikel Kyogen bukan sekadar teater oleh Khadijah Mohamad Nor, Kosmo! 16 Januari 2013.

Khamis, 20 Februari 2014

Mengkarung


Mengkarung ialah sejenis haiwan reptilia berdarah sejuk.

Bentuknya seperti cicak tetapi lebih besar dan bersisik.

Kebiasaannya berwarna coklat muda dan mempunyai jalur hitam kuning.

Habitat mengkarung ialah di celah batu, rumput dan di dalam tanah.

Terdapat lebih 1,200 jenis spesies mengkarung di dunia.

- Kosmo!, natureschool.frim.gov.my/smkaj.

Rabu, 19 Februari 2014

Sudoku

Permainan Magic Squares yang seakan-akan Sudoku dimuatkan dalam akhbar Perancis, La France bertarikh 6 Julai 1895

Sudoku ialah permainan berdasarkan logik dan bukan matematik.

Kepekaan lelaki Jepun bernama Maki Kaji apabila melihat teka-teki bernombor, Number Place, di sebuah akhbar di Amerika Syarikat pada tahun 1984 menjadi titik tolak dalam penghasilan Sudoku dan disusuli pelbagai teka-teki lain di bawah syarikat beliau, Nikoli Co. Ltd. (Nikoli).

Nama Sudoku terdiri daripada dua patah kata iaitu su yang bermaksud nombor dan doku yang bererti tunggal.

Buku Sudoku pertama Maki Kaji diterbitkan pada awal 1980-an. Ia mempunyai 28 muka surat dan mengandungi 10 teka-teki dan teka silang kata.

Pada mulanya Maki Kaji terlupa meletakkan tanda harga pada buku tersebut dan orang ramai menyangka ianya percuma. Kemudian beliau meminta sebuah toko buku di Tokyo menjualnya dengan harga 10 yen dan kira-kira 300 salinan telah dijual dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Bagaimanapun, ramai pelanggan yang melahirkan rasa tidak puas hati lantaran buku tersebut mengandungi beberapa kesilapan yang ketara hinggakan teka-teki beliau tidak boleh diselesaikan.

Akhirnya, beliau terpaksa memulangkan wang jualan untuk buku edisi pertamanya itu.

Beliau tampil dengan penerbitan buku kedua tiga tahun selepas edisi pertama diterbitkan. Kali ini ia menerima respons positif dengan jualan mencapai 10,000 salinan dalam tempoh masa setahun.

Maki Kaji kemudiannya membuka syarikat Nikoli dan menghasilkan lebih banyak majalah teka-teki lain terutamanya Sudoku.

sumber: Artikel Sejarah panjang cipta Sudoku oleh Nizha Periaswamy, Kosmo!, 14 Januari 2013.

Selasa, 18 Februari 2014

Arapaima Gigas


Arapaima Gigas dikenali juga sebagai ikan naga.

Ia merupakan spesies ikan besar dan berasal dari sungai Amazon.

Ikan ini mampu membesar sehingga bersaiz dua meter.

- Kosmo!

Isnin, 17 Februari 2014

Fenomena laut merah


Fenomena laut merah berpunca daripada sejenis organisma dikenali sebagai dinoflagellate yang bercambah dengan pantas iaitu mencapai 60 juta organisma bagi setiap satu liter air laut.

Ia juga disebabkan oleh mikroorganisma Pyrodinium bahamense var compressum.

Ia berwarna kuning, perang, hijau atau kebiruan.

Disebarkan melalui hasil laut seperti siput, cengkerang dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai.

Organisma ini boleh menyebabkan keracunan pada otot, perut dan usus serta kulit.

Tanda-tanda akan kelihatan tempoh beberapa minit hingga tiga jam antaranya gangguan otot, muntah, mual, sakit dan kejang serta cirit-birit.

Mangsa juga akan berasa seperti dicucuk jarum di hujung jari tangan dan kaki.

Kulit mangsa menjadi gatal-gatal dan rengsa diiringi dengan pening.

Ia juga boleh menyebabkan kematian akibat kesukaran bernafas.

Hidupan marin yang terjejas akibat fenomena laut merah ini ialah kerang, kupang, siput sudu, tiram, remis, siput tarik dan ikan jenis pelagik.

- Kosmo!, www.prn.usm.my

Jumaat, 14 Februari 2014

Funfair


Funfair mula diperkenalkan di Malaysia akhir 1970-an sehingga menjadi fenomena hiburan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Evolusi funfair boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu era alat permainan buai, persembahan konsert dan sarkas.

Era permainan buai bermula seawal kemasukan funfair. Ia merupakan antara tarikan utama dan masih bertahan sehingga hari ini.

Di peringkat awal beberapa buah permainan buai sudah cukup untuk menarik ribuan pengunjung.

Di antara 1992 hingga 1995, funfair menambah lebih banyak permainan seperti bingo serta baling dan tuju yang menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung.

Selain buai, pengalaman seram di rumah hantu turut menjadi tarikan sebelum permainan lebih canggih seperti senapang angin, dekorasi dinding dan lampu neon diperkenalkan.

Era alat permainan funfair mencapai kemuncaknya apabila buai ferris wheel dibawa masuk bagi menggantikan permainan buai berpusing.

Bagaimanapun kos yang mahal untuk mendapatkan alat permainan itu menyebabkan sebahagian daripada pengusaha funfair 'tewas' kepada pesaing yang bermodal besar.

Kos pembelian ferris wheel yang dilengkapi fungsi kawalan hidraulik dan elektronik ketika itu mencecah harga jutaan ringgit.

Beberapa tahun kemudian selepas kumpulan funfair berulang kali menjelajah pelosok pekan dan desa, permainan tersebut mula menjadi kebiasaan dan semakin kurang sambutan.

Sebagai alternatif, pengusaha funfair kemudian memperkenalkan artis sebagai penghibur pentas hiburan sekali gus menandakan bermula era konsert.

Penampilan artis seperti Ella, Wings, May dan XPDC berjaya menghidupkan semula kegemilangan funfair yang ketika itu hanya mempunyai tujuh pengusaha di seluruh negara.

Sambutan yang tinggi terhadap persembahan konsert bertahan selama beberapa tahun sehingga ada di antara pengusaha berani menganjurkan funfair pada skala lebih besar seperti di Pesta Pulau Pinang dan Port Dickson.

Sebelum kejatuhan era konsert, pertunjukan sarkas yang diperkenalkan turut menghidupkan semula sambutan funfair yang semakin malap.

Russian Imperial Circus merupakan kumpulan sarkas pertama membuat persembahan di funfair negara ini dengan tiket berharga RM10.

Pada 1996, industri funfair negara berdepan cabaran baharu iaitu saingan daripada kumpulan funfair dari United Kingdom.

Kemasukan funfair antarabangsa yang dilengkapi permainan seperti kereta bumper dan buaian berkelajuan tinggi menyebabkan pengusaha funfair tempatan semakin tersepit sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.

- Utusan Malaysia

Khamis, 13 Februari 2014

Banjaran Nakawan


Banjaran Nakawan terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Ia merupakan banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia berukuran 38 kilometer bermula dari Kuala Perlis dan berakhir di Wang Kelian.

Antara lokasi tumpuan pelancong ialah Gunung Perlis, Gua Wang Burma 1 dan 2 serta Gua Kelam.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taman Negeri Perlis kira-kira sembilan jam.

- Kosmo!

Rabu, 12 Februari 2014

Gunung Everest


Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia iaitu setinggi 8,850 meter.

Ia terletak di banjaran gunung Himalaya.

Rabung puncak gunung menandakan sempadan di antara Nepal dan Tibet.

Seorang jeneral British di India iaitu Andrew Waugh memberi nama Everest kepada gunung tersebut sebagai menghormati seorang pegawai British iaitu Sir George Everest.

Seorang rakyat British iaitu Edmund Hilary dan rakyat Nepal bernama Tenzing Norgay menjadi manusia pertama yang berjaya mendaki gunung Everest pada 29 Mei 1953.

Pada 23 Mei 1997, M. Magendren menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menakluki gunung Everest diikuti 15 minit kemudian oleh N. Mohandas.

Ahmad Reduan Rozali dan Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mendaki Everest pada tahun 2004.

Kejayaan itu diikuti oleh T. Ravichandran (2006) dan Idris Said, Marina Ahmad, Muhammad Rafi Kori, Muhammad Fauzan Hassa serta Ahmad Fakhri Abu Samah (2007).

- Kosmo!

Isnin, 10 Februari 2014

Bon dan sukuk


Bon

Di Malaysia, terdapat dua jenis bon iaitu bon kerajaan dan bon korporat di mana bagi bon kerajaan, penerbitnya ialah pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia manakala bon korporat pula diterbitkan oleh institusi separa kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd, Danamodal Nasional Bhd dan Danaharta Nasional Bhd.

Bon mewakili akujanji hutang yang diterbitkan sama ada oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat.


Sukuk

Sukuk merupakan nama pada sebuah sijil kewangan dan sama seperti surat hutang Islam.

Turut dikatakan sebagai surat berharga yang sesuai dengan syariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.

Sukuk juga boleh dikenali sebagai bon patuh syariah.

Jenis-jenis sukuk yang terdapat pada masa kini seperti Sukuk Ijarah, Sukuk Mudharabah, Sukuk Musyarakah dan Sukuk Istisna.

- Kosmo!

Jumaat, 7 Februari 2014

Tebuan tanah


Tebuan tanah biasanya terdapat di kawasan kampung, kebun dan ladang.

Ia sangat merbahaya jika terlanggar sarangnya.

Sering berlaku peristiwa individu yang terlanggar sarangnya diserang dan disengat sehingga mati.


Tips jika disengat tebuan.

Jika disengat dan duri tebuan masih melekat, cungkil dengan pengepit kuku dan jangan digosok.

Lumur bahagian yang disengat dengan soda bikarbonat yang dicampur air untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

Basuh, ikat dan balut kemas bahagian terkena sengatan.

Beri mangsa minum air dan masukkan ketulan air batu ke dalam mulutnya.

Jika bahagian disengat bengkak, terlentangkan mangsa dan dapatkan rawatan doktor.

- Kosmo!

Rabu, 5 Februari 2014

Pasar Seni


Pasar Seni dikenali juga sebagai Central Market oleh pelancong asing.

Ia terletak di tebing Sungai Klang.

Pada awal kewujudannya sekitar tahun 1880-an ia digunakan oleh peniaga untuk menjual barang-barang keperluan harian seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit kepada para pelombong bijih timah.

Pada awalnya, ia dikenali sebagai Old Market yang dibina oleh tokoh pembukaan Kuala Lumpur, Yap Ah Loy sebelum diambil alih oleh pihak British untuk diperbesarkan sehingga 23,000 kaki persegi (2,137 meter persegi) dengan tambahan binaan lantai konkrit, dinding kayu dan atap zink.

Perkembangan Pasar Seni sebagai pusat kebudayaan, kesenian dan kraf tangan bermula pada akhir tahun 1970-an apabila Persatuan Warisan Malaysia memutuskan untuk mengekalkan bangunan tersebut di bawah program warisan.


Peruntukan sebanyak RM9 juta digunakan untuk proses ubah suai bangunan daripada pasar basah yang dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur pada masa itu kepada pusat kebudayaan, kesenian dan kraftangan Malaysia.

Sejak itu ia mengalami pelbagai transformasi dilakukan bagi mengindahkan lagi bangunan bersejarah terbabit.

Konsep dekorasi Pasar Seni diilhamkan daripada kesenian Melayu, Cina dan India sebagai tema di setiap sudut Pasar Seni menjadi lambang kepada keharmonian dan seni budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Sumber: Artikel Aneka makanan 1Malaysia oleh Nizha Periaswamy dan Mahfuz Mohamad, Kosmo! 7 Januari 2013.

Isnin, 3 Februari 2014

Tangga dalam rumah punca maut

Memiliki rumah menjadi idaman semua individu tambahan pula rumah tersebut dihias cantik dengan perabot-perabot menjadikan ia kelihatan bak syurga.

Namun, tahukah anda rumah juga menjadi lokasi paling ramai penghuninya meninggal dunia.

Pengarah Perubatan Universiti Kentucky, New York, Dr. Ryan Stanton berkata, hampir satu juta orang meninggal dunia pada setiap tahun akibat tergelincir dari tangga.

"Ia satu punca besar yang mengakibatkan kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.

Faktor-faktor lain kematian ialah lantai basah, tersadung permaidani dan minum arak di dalam rumah.

- Kosmo!